Selasa, 29 Mei 2012

Makan di luar atau masak sendiri? Mana satu yang menjadi pilihan?


Makan di luar atau masak sendiri? Mana satu yang menjadi pilihan? Itu semua pilihan masing-masing. Keselesaan masing-masing. Ada yang cakap lagi selesa makan di luar..ada juga yang cakap masak sendiri lagi bagus.......Lagipun , kewujudan restoren dan kedai-kedai makan sekarang bak cendawan tumbuh....Mana-mana pun boleh pergi kan..asalkan bayar ajer lah....

Wanita sekarang yang bekerjaya kadang-kadang memaksa mereka untuk tidak masak di rumah..almaklumlah...balik kerja dah penat....mana nak fikir masak lagi, anak2 lagi...kemas rumah dan sebagainya..akhirnya restoren adalah alternatif terakhir...Tetapi ada juga wanita yang cekap di dapur dan rajin memasak untuk suami walaupun penat bekerja seharian. Katanya lebih puas bila tengok suami dan anak2 makan makanan dari air tangannya....Namun itu pilihan masing-masing....

Walaubagaimanapun, pada pendapat saya, kepada para isteri2 di luar sana tu.....janganlah banyak sangat alasan untuk tidak memasak...Sekurang-kurangnya seminggu sekali pun ok. Bukan tiap-tiap hari pun. Suami ni kadang-kadang nak juga rasa masakan dari air tangan isteri. Kalau hari-hari makan kat kedai mamak, baik kahwin dengan mamak jer kan..huhuhuhu.....Yang banyak alasan ni samaada memang tak tahu masak ataupun memang dari spesis malas nak masak....anak kecil lagi lah (macam dia sorang ada anak kat dunia kot..hehehehhe), itu lah..ini lah.....

Sebenarnya ada banyak kebaikan kalau kita masak sendiri ni, antaranya ialah kebersihan yang terjamin....sebab kita masak untuk keluarga so secara tidak langsung kita akan sentiasa menjaga kebersihan. Bagi yang mempunyai keluarga yang besar, masak sendiri adalah alternatif terbaik di samping dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan bila makan bersama-sama.

Selain daripada itu, bagi pasangan yang dah berumahtangga tu, kalau si isteri memasak untuk suami dan anak-anak akan menyebabkan suami dan anak-anak semakin sayang......kalau tak percaya cubalah.....ehehehehe......

Nak masak sekarang pun tak susah mana pun, cari jer resepi dalam internet, berderet resepi keluar..nak masak apa?...semuanya ada....bukankah maklumat hanya dihujung jari sekarang.....hanya orang yang malas sahaja yang banyak alasan.....
 
So..mana pilihan korang?...Tepuk dada tanya selera....

Gadget : Tablet 1Malaysia Pad kini di pasaran Malaysia

Umum dah tahu rasanya tentang pelancaran tablet 1Malaysia Pad baru-baru ini. Pelbagai reaksi tak kiralah positif dan negatif terhadap tablet terbaru ini.

Spesifikasi 1Malaysia Pad ini ialah iaitu skrin 7 inci, kamera 3MP di belakang, kamera 0.3MP di depan, bateri berkuasa 4000 miliamph yang pada pendapat kami bertahan lama hingga 7-11 jam bergantung pada penggunaan, versi Android yang digunakan olehnya adalah Android 2.3 Gingerbread.

Tablet ini juga dilengkapi dengan 1Malaysia Messenger menyamai fungsi WhatsApp, 1Malaysia Club, selain boleh disesuaikan (customized) dengan keperluan pembeli.

Dari pembacaan dan survey yang saya dapat dari blog-blog dan forum, kebanyakkannya merasakan tablet 1Malaysia Pad ini tidak memenuhi kehendak mereka kerana harganya yang dianggap agak mahal iaitu RM999 (senang cerita RM1000). Kalau tambah sikit duit tu boleh dapat tablet jenama lain seperti Samsung dan lain2 yang memang dah berada di dalam kelasnya yang tersendiri.

Lagi satu, rekabentuk tablet 1Malaysia Pad ini dikatakan kelihatan seperti salah satu produk tablet daripada China yang dijenamakan semula menjadi tablet 1Malaysia Pad. Berdasarkan kepada spesifikasi yang disediakan, harga sepatutnya jauh lebih murah daripad ayang ditawarkan sekarang.

Syarikat maltechpro yang diberi tanggungjawab untuk memasarkan tablet ini juga pada saya mengambil mudah tentang maklumat yang disalurkan kepada pengguna. Sepatutnya syarikat ini melengkapkan dahulu maklumat yang diperlukan oleh pengguna di luar sana yang nak tahu lebih lanjut tentang spesifikasi dan gambar tablet sebelum pengguna mengambil keputusan untuk membeli. Kalau baca web macam ni saya pun tak berminat nak beli sebab tak ada penerangan khusus tentang tablet yang dipasarkan. Ini hanyalah pandangan saya kerana saya juga ada terbaca dalam komen2 pengguna di dalam blog-blog tentang perkara ini.

Rujukan : iawani

p/s: Kepada sesiapa yang dah pun cuba tablet ni bolehlah beri pandangan. Adakah berbaloi beli tablet 1Malaysia Pad ni?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger Pilihan

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best WordPress Themes