Jumaat, 18 Februari 2011

Home » » Destinasi Bulan Madu Menarik

Destinasi Bulan Madu Menarik

Memandangkan tidak lama lagi adalah cuti sekolah (Mac), rasanya ramai yang akan melangsungkan perkahwinan. Bagi bakal pengantin, mungkin anda tercari-cari tempat-tempat menarik untuk berbulan madu. Di sini saya ingin berkongsi tempat-tempat menarik untuk anda pilih untuk honeymoon anda nanti. Jomzzz.....

Pemandangan di Four Seasons Resort
1. Pulau Langkawi, Malaysia
Pulau Langkawi adalah tempat yang menarik untuk dikunjungi. Sekiranya anda memilih Langkawi sebagai destinasi honeymoon ada, pastikan anda memilih Four Seasons Resort di Pulau Langkawi yang dikelilingi 99 buah pulau di lautan Andaman. Resort ini merupakan resort mewah yang terletak di pantai Tanjung Rhu dan menampilkan gabungan senibina Asian, India dan Arab. Pakej spa juga disediakan bagi mengembalikan kesegaran anda.

http://www.fourseasons.com/langkawi/




2. Bali, Indonesia
Pulau yang terkenal dengan destinasi romantis di Asia dan digelar 'Last Paradise on Earth'. Popular dengan kecantikan semulajadi disamping kaya dengan budaya. Bulgari Resort Bali merupakan resort termewah di Bali yang merupakan resort bertaraf  7 BINTANG. http://www.bulgarihotels.com


3. Korea Selatan 
Jika memilih berbulan madu di sini, tempat yang perlu anda lawati adalah di Pulau Jerju atau dikenali dengan pukau bali yang terletak di Korea. Lokasi ini menjadi pilihan kerana keindahan alam sekelilingna yang bersi. Musim gugur adalah musim yang paling tepat untuk anda menikmati keindahan pantai-pantai di Pulau Jerju. Hotel Capital yg terletak di Seoul dan berhampiran dengan pusat membeli belah Itaewon adalah yang paling digemari pelancong. Hanya perlu memandu dari Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon ke hotel ini yang hanya memerlkukan masa selama 50 minit. Selamat ber'honeymoon'.....







Sila copy artikel ini, untuk mendapat backlink ke blog ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best WordPress Themes