Jumaat, 11 Mac 2011

Sejarah Dunia : Banjir paling buruk dalam sejarah sheffield.


Selamat pagi warga XS..

Jay nak bagi tau kat negara kite ni skrang dah musim tengkujuh..hujan pun dah tak benti-benti dah..even Jabatan Meteorology pun dah keluarkan amaran tahap jingga di beberapa kawasan semalam seperti kat Johor.

Dan beberapa tempat kat negara kite ni baru je surut banjir.

Sebut pasal banjir..untuk column Sejarah Dunia..Hari ni dalam sejarah..March 11th 1864 merupakan hari paling buruk dalam sejarah Sheffield kat England sebab mengalami banjir yang amat tragis sekali.

Tapi masalahnya banjir ni berlaku bukan pasal hujan tapi pasal empangan takungan air kat area ni pecah collapsed masa tengah nak fill up air dalam dam tu.

Berlaku sebelum tengah malam kat empangan Dale Dike Reservoir yang banyak memusnahkan kawasan rendah Downstream sepanjang kawasan Loxley dan Don sampai la ke kawasan pusat Sheffield.

Empangan ni start dibina pada 1859 dan siap pada 1864 oleh Sheffield Water Works Company untuk kegunaan sebagai air minumam penduduk dan juga sebagai penjana tenaga kepada kincir air kat kawasan downstream.

Bila siap dibina company ni pun nak isi air lepas tu retak dan bile siasatan dibuat memang dorang jumpa keretakan kecik..bile isi air lama-lama retak tu makin besar dan fail completely.

Di jangkakan lebih kurang 3 juta metre padu air dari empangan ni melimpah keluar..(1 Metre padu : 1000 Litre) so hangpa kene kire sendiri..huhu

Kejadian ni mengorbankan 270 orang penduduk dan memusnahkan 800 buah rumah.

Claim insurans untuk kejadian ni merupakan yang terbesar pernah dibuat pada era pemerintahan Queen Victoria the 1st (Victorian Era).

So kat sini..kami di warga XS ingin menasihatkan kepada semua berhati-hati di musim tengkujuh ni.

So ini je Jay dapat review kan sebab Jay pun nak gi carik makan jap..lapar sangat and takut jugak nanti you all bosan bebel panjang-panjang..huhu..and Jay harap korang semua mendapat manfaat membaca fakta Sejarah Dunia ni okay guys.



Kalau ada sebarang pertanyaan or comment or nak berkongsi bole la email kat Jay di adress di bawah.

ceo@poise.my




or bole komenkan kan ruang khas kat bawah review ni.
 
Kite Layannnzzz..- Jay the Editor


..

lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :