Isnin, 14 Mac 2011

Sejarah Dunia : Kelahiran seorang tokoh terkemuka dunia, Albert Einstein



Assalamualaikum guys..morning..

Kepada yang bekerja hari ni memang la terasa malasnya nak pegi kan..ye la..Monday ni the first day of the week lepas hujung minggu..Jay pun kejap lagi ada meeting so terasa macam huaaaaa...nak tido balik..huhu..

So kepada yang bekerja hari ni Jay akan teman kan korang okay..kite penuh kan Halwa mata kite dengan satu cite best hari ni.

Untuk column Sejarah Dunia..Hari ini dalam sejarah March 14th, 1879, adalah hari kelahiran seorang tokoh agung berdarah German dalam dunia Theoretical Science dan juga Bapa Sains Moden yang telah membuat perubahan dalam dunia Physics dan antara tokoh Physics yang Jay paling kagum selain Sir Isaac Newton..dan beliau ialah Albert Einstein.

Pasal mamat ni jugak la kepala Jay penuh dengan formula dan kalau korang tengok buku Jay masa study kat London dulu..buku Physics aje punye la tebal kalau tunjuk kat anjing mau buat-buat mati tu.

Dia ni pun antara icon yang paling banyak digunakan dalam film Hollywood..dengan rambut tak terurusnya..dengan muka yang memang susah nak dapat tu..dan yang paling best pada Jay asal kalau nak jawapan je mesti watak dia ada.

Kepada sesiapa yang belajar Add Math or Engineering Math mesti kenal dengan formula Theory of Relativity ni..

E = mc2 

Di sebab kan mamat ni jugak la terbitnya formula-formula ni yang digunakan sampai la skrang dalam dunia millenium..tapi Jay dah benti pakai sebab dah masuk bidang lain..huhu..kalau tak mesti rambut Jay macam dia skrang.

Kalau Jay nak cite semua pasal dia, memang sampai ke bawah screen ni so Jay akan ringkaskan aje..sebab signifikan column ni ialah..Jay akan cite sejarah yang berlaku pada tarikh dan bulan nya.

Ayahnya bernama Hermann Einstein, seorang jurutera di German dan ibunya ialah Pauline Einstein seorang suri rumah.

Beliau banyak membuat kajian realist ataupun lebih kepada kajian logik yang membuktikan mengapa sesuatu hukum itu berlaku dan bagaimana hasilnya terbentuk.

Dan pada April 18th 1955, Albert Einstein menghembuskan nafas nya yang terakhir dan berumur 76 tahun ketika itu kerana pendarahan dalaman.

Beliau enggan melakukan pembedahan dan as qoute "I want to go when I want, it was tasteless to prolong life artificially, I have done my share, it's time to go, I'll do it elegantly", dan memang betul dia pergi elegantly.

Manusia pergi meninggalkan nama dan namanya menjadi icon dalam dunia Science and Physics.

Semasa hayatnya di dalam karier sains..beliau menerima pelbagai anugerah Ijazah Doctorate Terhormat dari pelbagai Universiti di Amerika dan Eropah kerana sumbangannya dalam dunia science, perubatan dan falsafah dan menerima Nobel Prize in Physics pada tahun 1921.

Letih Jay nak angkat semua award tu..kalau letak kat rak pun mau roboh rak kat umah tu.

Beliau telah menghasilkan sehingga 300 tulisan saintifik sepanjang keriernya.

So ini la secera ringkasnya ape yang berlaku dalam sejarah pada tarikh March 14th bagi column Sejarah Dunia..sebenarnya banyak lagi kejadian berlaku pada March 14th tapi Jay pilih yang ini.

Kelahiran seorang tokoh genius di dalam bidang sains dan fizik.

Okay la..

So ini je Jay dapat review kan sebab takut nanti you all bosan Jay bebel panjang-panjang..huhu..and Jay harap korang semua mendapat manfaat membaca fakta Sejarah Dunia ni okay guys.



Kalau ada sebarang pertanyaan or comment or nak berkongsi bole la email kat Jay di adress di bawah.

ceo@poise.my




or bole komenkan kan ruang khas kat bawah review ni.
 
Kite Layannnzzz..- Jay the Editor


..

lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :