Ahad, 13 Mac 2011

Sejarah Dunia : Planet Uranus ditemui.


Assalmualaikum warga Xs..

Selamat sore..jam kat tangan Jay menunjukkan pukul 1.30 pagi & Jay still writing sebab nak siapkan jugak pagi ni sebab takut tertangguh esok nak update pasal bencana di Jepun.

Kalau di lihatkan tarikh March 13th ni pun sebenarnya kalau dalam sejarah ada jugak bencana berlaku contohnya gempa bumi di Turkey dan banyak lagi tapi rasanya sebelum ni dah 2 kali Jay pilih cite bencana ape kata untuk slot Sejarah Dunia kali ni Jay tukar influence sikit dan pilih cerita kejayaan manusia dalam dunia Astronomi.

Untuk itu Jay pilih cite penemuan Planet Uranus dalam sistem solar dunia.

Untuk column Sejarah Dunia..Hari ini dalam sejarah March 13th, 1781 seorang Astronomer (lebih kurang macam pengkaji bintang la) British yang lahir di Jerman bernama Sir Frederick William Herschel (gambar) telah menemui Planet Uranus di dalam sistem solar.

Pada musim bunga dalam tahun 1781, semasa sedang membuat rutin pemerhatian biasa..dengan menggunakan Teleskop Newtonian (teleskop jenis ni ialah teleskop imbasan yang dicipta oleh Sir Isaac newton) dengan panjang 7 kaki dan diametre6 inci di belakang laman rumahnya di new king street, beliau menemui planet ini yang pada mulanya disangka comet atau bintang.

Pada asalnya nama planet tersebut diberi nama Georgian Star sempena King George the 3rd oleh beliau, dan menukarnya kepada Herschel dan seterusnya sehingga la sekarang Planet Uranus.

Kepada yang tak berapa nak kenal planet ni, Jay akan ringkaskan pengenalannya.

Planet Uranus (gambar bawah) ni adalah planet yang ke-7 dari matahari..kirekan dekat-dekat dengan Planet Pluto dan planet nya dipenuhi ais dan batu so kalau dari pada solar system nampak planet ni lebih kurang biru-biru air laut sikit.


Pada tahun yang sama jugak mamat ni di anugerahkan dengan Copley Medal..Copley Medal ni  untuk penemuan atau kajian yang outstanding dalam bidang sains oleh The Royal Society of London dan juga beliau dilantik sebagai Fellow of The Royal society.

Pergh..banyak gile dia dapat..main teropong aje..Jay main teropong pegi kat rumah sebelah aje..huhu.

Suke Jay baca dan dengar penemuan manusia demi kebaikan ni..takde la asik rosak kan bumi aje.

Memang Jay salute la dalam tahun-tahun di mana tidak terdapat teknologi canggih macam sekarang ni, depa ni bole buat macam-macam.

Jay harap ada la warga Malaysia yang bole buat penemuan-penemuan macam ni di masa hadapan..sebab Jay tahu orang Malaysia ni ape kurangnya.

Okay la..

So ini je Jay dapat review kan sebab takut nanti you all bosan Jay bebel panjang-panjang..huhu..and Jay harap korang semua mendapat manfaat membaca fakta Sejarah Dunia ni okay guys.



Kalau ada sebarang pertanyaan or comment or nak berkongsi bole la email kat Jay di adress di bawah.

ceo@poise.my




or bole komenkan kan ruang khas kat bawah review ni.
 
Kite Layannnzzz..- Jay the Editor


..

lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :