Isnin, 30 Mei 2011

Pemenang You wannit...Come and get it contest


Afternoon GuysS and GalsS..

Kami kat lepak first of all nak mintak maaf la sebab kelewatan mengumumkan pemenang bagi contest you wannit..come and get it.

Jay pun baru je dapat duduk kat depan laptop ni..stuck dengan beberapa errand yang tak menang tangan nak handle.

So papehal pun Jay nak terus kepada pengumuman pemenang ye..!!

But before that Jay mewakili warga lepak ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada yang terlibat secara langsung atau pun tidak..di belakang tabir mahu pun di depan langsir dan jugak kepada you all yang participate dalam menjayakan contest ni.

Setelah di timbang tara sepenuhnya memang terdapat beberapa saingan kuat dan kami kat lepak dah go thru berkali kali untuk mencari pemenang yang layak.

Kategori pengandilan dibahagikan kepada 4 fasa iaitu:

1. Objective
2. Kandungan
3. Pemahaman
4. Q and A

Dan pemenang yang dipilih..jeng jeng jeng...drum roll sikit ekk..huhu

Cik Syasya kite yang kecik molek kerana memenuhi hampir semua criteria yang Jay anggap cukup perfect untuk membawa pulang piala pusingan, wang tunai 20 ribu ringgit dan pecutian ke Bali..hua hua hua..


Aku pun tak dapat dia lak nak dapat..huhu..

Hadiah macam yang Cik Syasya tau ye..jangan demam pulak baca yang atas tu..memain je..

Itu untuk next year okay..

Thanx lagi sekali kepada you all yang join memerah neuron buat something out of nothing firdausmohd, Syasya, cikblogger, nana, cikgelong.

Kite cube lagi pasni..dan Insya-Allah lagi meriah sponsor kite bagi hadiah pasni.

Segala komen komen bernas dari you all semua kami di lepak akan gunakan sebagai penambahbaikan.

Dengan kemenangan ini, Syasya akan menerima Belt dan pants tajaan Poise Boutique + topup bernilai RM30.

Jangan kecewa..banyak lagi akan menyusul lepas ni..

Sape kata mengadap pc ni takleh buat duit..huhu..

Cik Syasya sila hubungi kami di email ceo@poise.my ataupun admin@poise.my for further instruction.

So..kami harap you all happy dan segala keputusan adalah muktamad okay guys..

Thanks you guysS..

lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :