Selasa, 19 Julai 2011

Biodata Johan (Botak) Juvana





Drama Juvana baru je berakhir semalam. Macam2 ending yang bersarang dalam kepala dan tak sabar nak tengok apa kesudahan cerita ni. Akhirnya, terjawab sudah semalam ending cerita ni. Terus terang saya cakap dari hari pertama drama ni, saya dah tertarik dengan jalan cerita dia. Lain dari yang lain. Tak macam cerita yg sama je jalan cerita dia, cerita sedih, cinta, dunia korporat dan lain2.

Dalam banyak-banyak pelakon Juvana ni, saya amat tertarik dengan lakonan Johan ataupun lebih dikenali dengan nama Botak dalam Juvana. Lakonan yang bersahaja dan nampak tak kaku. Walaupun watak dia jahat...tapi saya lebih tertarik dengan lakonan Johan berbanding pelakon lain termasuk pelakon utama!

Mesti ada antara korang yang minat jugak dengan Botak ni kan...So jom kita baca dulu siapa sebenarnya Johan ni....


Nama : Johan Ariff Asari

Umur : 25 tahun

Asal : Pulau Pinang

Pendidikan: Diploma Kaunseling di Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM), pernah mendapat pendidikan kelas tahfiz selama dua tahun di Batam dan Jambi, Indonesia.

Kebolehan: menghafal 1 setengah juzuk al quran

Seorang yang kelakar dan peramah, suka merendah diri


Pergghhh......amik kelas tahfiz tuh..cayalah.....anyway...lebih suka tengok dia botak sebab masa dalam rancangan Jangan Tidur Lagi penampilan dia ada rambut...huhuhu....


lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :