Selasa, 12 Julai 2011

Cu-Chi Tunnel, Vietnam


Dah lebih 2 minggu dan balik dari Vietnam, baru berpeluang nak cerita pengalaman di sana selama 4 hari 3 malam.....Hari kedua di Vietnam, kami telah di bawa melawat ke Cu-Chi Tunnel yang terletak di War Memorial Park pada zaman perang Vietnam di daerah Cu Chi, kira-kira 100km dari Ho Chi Minh. Cu Chi Tunnel merupakan rangkaian terowong bawah tanah sejauh 200 km di mana ianya terletak di antara 1 hingga 40 meter di bawah tanah. Perjalanan dari HoChi Minh mengambil masa kira-kira 2 jam setengah. Sempatlah nak tidur2 dalam bas sementara nak sampai.

Sebelum di bawa masuk ke kawasan terowong ini, kami telah diberi penerangan serba sedikit tentang sejarah Cu Chi Tunnel ini dan juga disajikan dengan tayangan video tentang perjuangan rakyat Vietnam dalam mempertahankan wilayah mereka.

Diberi penerangan sebelum masuk ke Cu Chi Tunnel


Lepas tu, kami di bawa melawat di kawasan Cu Chi Tunnel. Untuk pengetahuan semua, saiz lubang terowong yang dihasilkan oleh tentera Vietnam ni betul2 muat saiz org dewasa.....kalau yg agak2 montel tuh...paham2 sendiri lah yer....huhuhu....nak cuba tak berani...tgk ajerlah dari tepi.....lubang ni ditutup dengan daun-daun kering..maybe nak mengelakkan musuh tau ada terowong ni kot....(org sibuk bagi penerangan, time tu la sibuk amik gambar.....ehheehehhe).

Org yang kurus ni pun muat2 je......huhuhu

Kami juga di bawa melihat jenis2 perangkap yang dihasilkan....fuhhh..kagum....banyak betul jenis perangkap yang diaorg hasilkan......

Antara perangkap yang dibuat
Pengunjung juga boleh mencuba masuk ke terowong sejauh 30km. Sempit, panas semua ada.....kalau yg tinggi tu letih jugaklah nak merangkak.....tak boleh nak bayangkan macammana askar Vietnam ni boleh masuk dalam terowong ni........huhuhu......tapi AWAS!...Jgn buang angin ok dalam terowong ni....hehhehe....kesian org kt belakang sementara nak sampai ke hujung terowong......:)

Inilah terowong yg kami masuk. Sempit dan panas kt dalamnya.

Actually banyak lagi yang ada dalam Cu Chi Tunnel ni. Antaranya ialah boleh kereta kebal, patung2 yang menggambarkan keadaan masa dulu, bilik mesyuarat, stor, dapur masa perang, hospital dan sebagainya masa zaman perang Vietnam. Hebat.....Untuk pengetahuan menerusi CuChi Tunnel inilah mereka menembak askar Amerika.

Patung ni jadi glemer sepanjang kami di sana
Meeting room
Bergambar kenagan bersama kereta kebal
Dapur tempat memasak

Kawasan menembak
Peluru dan bom yang digugurkan di Chu Chi

lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :