Rabu, 13 Julai 2011

Ekin Mawi hamil


Tadi terbaca dalam Hmetro di mana Ekin isteri kepada Mawi telahpun hamil 6 minggu selepas keguguran sebanyak 2 kali sebelum ni. Menurut pasangan ini, ini adalah berkat doa mereka semasa mengerjakan umrah April lalu. Tahniah diucapkan kepada Mawi dan Ekin di atas berita gembira ini.

Ditemui sewaktu menjayakan program rakaman Konsert Raya 1Malaysia, Muzik FM di restoran Seri Melayu Jalan Conley, di sini, semalam, Mawi berkata, dia bersyukur apabila doktor mengesahkan Ekin mengandung selepas mengalami keguguran dua kali sebelum ini.

Pasangan ini telah berkahwin pada 20 Disember 2008 di Palace of Golden Horses, Seri Kembangan, Kuala Lumpur.


Tahniah kepada pasangan Mawi dan Ekin di atas berita gembira ini. :)


lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :