Selasa, 19 Julai 2011

Resepi : Ikan kukus


Dah dekat2 bulan puasa ni mesti korang tercari-cari resepi yang mudah2 kan....Resepi ni saya ambil dari potretkasih. Senang je nak buat resepi ni. Jom kita tengok cara2 nak sediakan ikan kukus.

Bahan-bahannya:

1. Ikan (yang telah dibersihkan) - terpulang nak guna ikan apa..tapi dalm resepi ni saya guna ikan bawal.
2. Sedikit halia - dihiris
3. 3 biji bawang merah - dihiris
4. 5 biji bawang putih - dihiris
5. 2 batang serai - diketuk
6. 5 biji cili api - diketuk(kalau tak nak pedas tak letak pun x apa)
7. baby corn- dipotong dadu (nak guna tomato pun boleh)
8. Sos ikan/sos tiram
9. Sedikit garam dan gula
10. Limau kasturi/nipis (ambil airnya sahaja)
11. 3 biji bawang merah - digoreng sehingga masak

Cara-cara masak:

1. Sediakan pengukus dan jerangkan airnya.
2. Sediakan bekas tahan panas atau loyang dan letakkan ikan yang telah dilumur dengan garam di atasnya.
3. Taburkan halia, bawang merah dan bawang putih yang telah dihiris tadi ke atas ikan tadi.
4. Letakkan serai dan kukus 15-20 minit.
4. Sementara menunggu ikan dikukus, bolehlah sediakan sos untuk ikan kukus ni. Caranya dengan satukan air dan sos ikan/sos tiram tadi. Kacau hingga rata.
5. Buka penutup pengukus dan masukkan sos ikan/tiram dan baby corn dan biarkan sehingga 5 minit.
6. Masukkan air limau yang diperah tadi dan cili api. Kukus lagi antara 2-3 minit.
7. Setelah masak, angkat dan taburkan bawang yang telah digoreng sebelum ini. Kalau nak guna daun sup pon boleh. Ikut selera masing2 lah.
8. Dah pun siap dan sedia untuk dimakan.


lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :