Isnin, 25 Julai 2011

Resepi : Tomyam ayam tanpa minyak




Salam semua...rasanya dah lama tak update blog ni....almaklum saja...banyak kerja sejak akhir2 ni dan meeting yang berderet2.....huhuhu....okay....now saya nak share lagi satu resepi dengan korang semua....yelah....lagi beberapa hari dah nak puasa kan....so mesti korang nak resepi yang mudah dan simple jer kan....

Tak yah pening2 kepala okay.....resepi kali ni ialah tomyam ayam....kalau korang nak ganti dengan seafood pun okay....cuma gantikan ayam dengan seafood ajer okay...


Bahan-bahan (untuk di makan 2 orang)

1. Ayam dipotong dadu/kecil (kuantiti ikut korang)
2. 1 biji bawang besar  (dipotong bulat)
3. 2 batang serai (dititik)
4. 1 biji bawang putih (ditumbuk kasar)
5. 5 biji cili padi (ditumbuk kasar dan kuantiti ikut kepedasan masing2)
6. 5 helai daun limau purut
7. Pes tomyam
8. 3 biji limau kasturi (ambil jus)
9. 1 biji tomato, lobak merah, baby corn atau sayur2 lain yang korang suka

Cara masak

1. Didihkan air dalam periuk
2. Masukkan ayam yang telah dipotong dadu tadi
3. Masukkan pes tomyam
4. Biarkan mendidih untuk seketika
5. Masukkan serai, bawang besar, bayang putih, daun limau purut, dan cili api
6. Masukkan tomato, lobak merah, baby corn atau sayur-sayuran lain.
7. Biarkan sekejap dan akhir sekali masukkan jus limau tadi secukup rasa
8. Letak garam secukup rasa.
9. Siap untuk dimakan sama ada dengan nasi putih atau dimakan begitu sahaja tomyam tadi. Kalau nak sedap lagi goreng la telur dadar....uuii.....sedapnyerrrrrrr......huhuhu

Selamat mencuba okay......


lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :