Isnin, 15 Ogos 2011

Fida Ibrahim jawab isu peluk dengan Iqram Dinzly!

Kredit gambar dari Rotikaya


Sejak akhir2 ni...banyak betul cerita Fida ni keluar........lepas satu..satu cerita keluar...kalau sebelum ni pasal pengakuan Fida tentang hubungan dengan Mamat Sepah...

Kali ni pasal isu adegan berpelukan bersama aktor Iqram Dinzly di dalam drama bersiri Kasih Alia yang sedang ditayangkan di saluran TV3. Masa tu tengok salah satu adegan tu semasa promo drama tu....terkejut gak bila tengok...yelah...si Fida ni kan bertudung litup tapi ada adegan berpelukan dengan pelakon lelaki. Nampak tak manis lah...sebab rasanya sebelum ni tak ada plak artis yang bertudung berlakon berpeluk dengan bukan muhrim..yeker...huhuhuh....

Fida Ibrahim dimalukan dalam peminangan di Bang Bang Boom
Fida Ibrahim dimalukan dalam peminangan di Bang Bang Boom - part 2
Youtube Bang Bang Boom Fida Ibrahim


Berikut adalah kenyataan Fida berkaitan perkara tersebut:


"Pertama sekali, Fida ingin meminta maaf jika ada peminat yang terasa dengan apa yang berlaku. Sebenarnya, perkara itu terjadi secara spontan. Ketika itu babak kami dihalau dari wad dan ia babak yang sangat sedih. 

"Mungkin kerana terlalu menjiwai, Iqram secara tidak sengaja tertarik Fida dan jika dilihat dari mata kasar memang nampak seperti kami berpelukan, namun pada hakikatnya tidak.

Tapi bila perkara-perkara sebegini berlaku, Fida sebagai pelakon perlu bersedia menghadapi semua ini," jelas anak kelahiran Kuala Lumpuri itu yang mengatakan semua ini dipelajari dari kesilapan lalu. 

Sebenarnya dia menggunakan tekniknya tersendiri untuk melakonkan babak tersebut. Apa yang dilihat mungkin tidak sama dengan apa yang berlaku. Jelas Fida, Iqram ketika itu tidak memeluknya erat. 
 
"Apa yang boleh Fida lakukan ialah Fida gunakan teknik sendiri. Jika perasan, Fida meletakkan tangan kiri di bahagian hadapan badan dan Iqram hanya meletakkan tangannya ke bahu Fida. Fida terkejut sebenarnya dengan tindakan Iqram namun Fida tidak boleh berbuat apa-apa.

Itulah antara jawapan Fida bila diajukan isu tersebut.......Terpulanglah pada kita nak menilai macammana.....

Sumber: Berita Harian Online


lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :