Ahad, 7 Ogos 2011

Resepi : Popia Goreng


Resepi kali ni pula ialah popia goreng. Cara penyediaannya sangat mudah. Sesuai untuk minum petang seisi keluarga.

Bahan-bahan

1. Kulit popiah
2. Taugeh
3. Lobak - potong halus dan memanjang
4. Cili merah - dipotong halus
5. Sedikit ayam/daging/udang yang dicincang halus
6. Sedikit tepung gandum. (dibancuh dengan sedikit air untuk dijadikan gam kulit popia)
7. Bawang putih  dan bawang merah - ditumbuk

Cara masak

1. Panaskan minyak dan masukkan bawang putih dan merah yang telah ditumbuk tadi. Goreng sehingga naik bau.
2. Masukkan ayam/daging/udang
3. Masukkan lobak, taugeh, cili merah
4. Letak garam secukup rasa (kalau nak sedap boleh tambahkan serbuk lada hitam- ikut selera masing-masing)
5. Goreng sehingga masak dan angkat.
6. Bentangkan kulit popia dan letakkan isi popia yang telah dimasak tadi ke atas kulit popia dan gulung dengan kemas. Sapukan tepung gandum yang dijadikan gam tadi pada kulit popiah supaya isi popia tidak keluar semasa digoreng.
7. Goreng popia tadi sehingga warna kuning keemasan dan angkat untuk dihidangkan.


Dapatkan handbag raya @ Poise sekarang! Potongan harga menanti anda
Mencari-cari pakaian wanita (Dress, pants, blouse dan sebagainya). Dapatkannya di sini

lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :