Jumaat, 12 Ogos 2011

Home » » Resepi : Resepi ayam masam manis

Resepi : Resepi ayam masam manis

Sumber gambar : My Culinary
(Gambar tak sempat nak ambil so pinjam gambar dari blog ni :))

Resepi kali ni ialah ayam masam manis. Seperti biasa, resepi kt sini semuanya senang dan simple nak disediakan. Maklumlah, ada yang bekerjaya....so perlukan resepi yang mudah dan senang disediakan.

Bahan-bahan:

1. Ayam yang sudah dibersihkan
2. 2 biji Bawang putih
3. 2 biji Bawang merah
4. Sedikit halia dan 2 biji cili merah
5. Sebatang serai (dipotong kecil)
(bawang putih, merah, cili merah, halia dan serai dikisar sekali)
6. Sos cili
7. Sos tiram
8. Sos tomato (boleh digantikan dengan buah tomato yang dikisar)
9. Bawang besar yang dipotong bulat, lobak,bunga kobis dan lain2 sayuran yang perlu.
10. Air asam jawa atau asam keping


Cara masak:

1. Goreng ayam tetapi tidak terlalu garing
2. Masukkan bahan2 yang telah dikisar tadi. Goreng sehingga naik bau.
3. Masukkan sos tomato, sos tiram dan sos cili.
4. Letak garam dan gula secukup rasa.
5. Masukkan sayur-sayuran tadi dan masukkan asam jawa/asam keping
6. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan kacau sehingga sebati dengan kuah.
7. Siap untuk dihidangkan dan dimakan.
8. Boleh letakkan cili merah yang dipotong untuk hiasan.



Sila copy artikel ini, untuk mendapat backlink ke blog ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best WordPress Themes