Akhirnya Shahz Jaszle mengesahkan sedang bercinta dengan Miera Liyana, artis yang menimbulkan kontroversi dengan berpakaian seksi tidak lama dahulu.
Rupa2nya Shahz dah bertemu pengganti selepas putus cinta dengan Maria Farida. Perkara ini disahkan ketika ditemui di lokasi penggambaran filem terbaru terbitan Grand Brilliance berjudul, ‘Rentaz’ di Pulau Pinang. Kira betul lah tu yer dua2 ni dah pun bercintan cintun......
Miera Liyana dan Boyfriend
Jom kita baca pengakuan mereka berdua:
Shahz Jaszle
“Ketika itu, saya menaruh perasaan terhadap dia, namun saya tidak berpeluang untuk mengenali dia dengan lebih dekat lagi. Saya sepatutnya ‘date’ dengan dia waktu itu, namun kawan baik saya yang suka dia. Jadi, saya terpaksa simpan dulu perasaan ini.
“Namun, kami hanya mula serius sejak kebelakangan ini saja. Dulu kami pernah berlakon bersama dalam drama online, ‘Luna Fantasiku’ dan kali ini, kami disatukan kembali dalam filem arahan Mamat Khalid sebagai pasangan kekasih,” jelas Shahz yang memegang watak sebagai Jeff dalam filem tersebut.
“Namun dapat mengenali Shahz, dia seorang yang ‘easy going’ dan saya berasa sangat selesa dengan dia. Kami berkongsi banyak benda dalam filem ‘Rentaz’ dan dari situlah kami menjadi lebih rapat,” ujar Miera sambil tersenyum.
Sumber : gua.com.my

Azuan · 708 weeks ago
My recent post Aku Anak Malaysia Merdeka
lepak 51p · 708 weeks ago
My recent post Bloglist @ LEPAK