Isnin, 3 Oktober 2011

Budaya Ampu@Bodek di kalangan masyarakat

Mesti korang pernah dengar kan perkataan Ampu ni......Mengikut Kamus Dewan, mengampu ialah mengangkat atau menyanjung seseorang dengan tujuan mendapatkan faedah manakala sesiapa yang pandai membodek akan mendapat sesuatu daripadanya......tanpa sedar atau tidak sebenarnya kita ni memang dikelilingi dengan orang yang suka mengampu ni.

Kalau dalam dunia pekerjaan , kadang2 ada yang sanggup menjatuhkan orang lain untuk mendapatkan sesuatu....sebenarnya budaya mengampu ini ada di mana-mana tak kiralah di sektor swasta ataupun kerajaan. Pada mereka, mengampu adalah satu keperluan bagi memenuhi permintaan sehingga menyumbang kepada pekerja yang kurang proaktif.


Budaya mengampu boleh mengundang perpecahan perpaduan kerana sikap mengampu didorong oleh perasaan hasad dengki terhadap kelebihan orang lain. Inilah fenomena yang sering berlaku. Si A ada hasad dengki dengan si B kerana lebih berkebolehan tetapi memandangkan A pandai mengampu, maka A mendapat kelebihan mungkin dari segi pangkat dan sebagainya. Dan orang yang pandai mengampu ni memang sentiasa mendapat kelebihan walaupun tak berkebolehan....dan yang hanya berlandaskan kebolehan hanya dipandang sepi walaupun kerja berhempas pulas.....

Dalam dunia pekerjaan, majikan seharusnya tidak memilih bulu dengan hanya memandang pada pekerja yang pandai mengampu sebab orang yang hanya pandai mengampu ini sebenarnya tiada keyakinan  diri menyebabkan mereka ini tidak proaktif kerana berpendapat "..takyah keja teruk2.....dapat jugak naik pangkat"......

Dari segi perpaduan, budaya mengampu hanya akan menyebabkan sesetengah pihak tidak berpuas hati dan menjatuhkan motivasi pekerja yang memang berkebolehan tetapi hanya kerana tidak pandai mengampu, kebolehan itu hanya disia2kan....kesimpulannya....tidak adil pada pihak lain. So memang tak akan majulah institusi itu kalau di dalamnya penuh dengan kaki ampu....

Apa yang membuatkan orang suka mengampu?...Pada pendapat saya lah, mereka ini memang tidak ada keyakinan diri sebab terpaksa menggunakan skill mengampu untuk mendapat perhatian dan kepercayaan majikan.....kerja pun suam2 kuku jer....kalau ada salah sekali pun cuma dipandang sepi jer tanpa sebarang tindakan.....

So nasihat saya kepada mereka yang suka mengampu ni.....yakinlah pada diri sendiri...dan kalau nak mengampu sekali pun, jangan nak menyusahkan orang lain dan menjatuhkan orang lain...... jadilah orang yang proaktif dalam bekerja dan jangan nak pentingakn diri sendiri...


p/s: Apa pendapat korang?.....

lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :