Khamis, 10 November 2011

Chef Riz mengaku palsukan pengalaman kerja di Amerika Syarikat


Semalam heboh apabila berdasarkan laporan The Malaysian Insider, pihak The Malaysian Insider mendapati pengalaman bekerja yang ditulis pada profil Chef Riz di laman web Master Chef Malaysia adalah tidak benar. Walaubagaimanapun, menurut pihak Astro, profil yang diberikan di laman web Masterchef Malaysia diberikan oleh Chef Riz atau nama sebenarnya, Mohd Nadzri Redzuawan sendiri.

Chef Riz, 29, dalam profil kelayakannya yang disiarkan dalam laman web Astro Ria mendakwa beliau pernah bekerja di dua restoran terkenal di Amerika Syarikat iaitu sebagai 'Chef de Cruisine' di Babboo dan 'Sous Chef' di Le Bernardin.

Chef Riz juga mempertahankan yang beliau pernah bekerja di sana selama setahun dari Januari 2005 sehingga Disember 2006.

Pihak The Malaysian Insider telah menghubungi Restoran Babbo dan pihak terbabit menafikan pernah mempunyai pekerja yang bernama Mohd Nadzri Redzuawan. Namun begitu, Chef Riz tetap mempertahankan dan menyatakan yang dia pernah bekerja di sana.

Walaubagaimanapun, semuanya terjawab apabila Chef Riz mengaku telah memalsukan pengalaman kerja dan telah memohon maaf kepada penonton program Masterchef Malaysia di atas kesilapan memperincikan butiran profil kelayakannya secara berlebihan dan pihak Astro Ria telah menerima penjelasan beliau itu. Berita selanjutnya jom baca di Kosmo.

Dan dalam profil Chef Riz juga telah berubah di laman web MasterChef Astro.


p/s: Satu pengajaran kepada semua, jangan sesuka hati nak letak pengalaman kerja yang tak ada dalam resume. Mungkin kita rasa tak kan ada org yg selidik. Tapi bila dah jadi macam ni, kan malu jadinya...so apa kata Chef Wan yang lantang komen orang lain?....huhuhu...


lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :