Jumaat, 25 November 2011

Penjelasan penarikan keputusan Lagu Terbaik AIM 18 - Kemenangan kepada Anuar Zain


Dah heboh satu Malaysia tentang kesilapan pengumuman pemenang  Lagu Terbaik AIM 18 di mana pemenang sepatutnya adalah lagu Sedetik Lebih ciptaan sepenuhnya Edry Abdul Halim nyanyian Anuar Zain dan bukannay lagi Penakut nyanyian Yuna.

Sungguh memalukan. Rumah dah siap, pahat masih berbunyi. Kesilapan ni memang amat memalukan bila Yuna terpaksa memulangkan kembali trofi yang dimenanginya kepada Anuar Zain. Bukan salah mereka berdua. Sebenanrnya masa lagu Penakut diumumkan sebagai pemenang dah ada cakap2 belakang yang mempertikaikan kemenangan tersebut dan tak sangka pulak memang betul2 berlaku kesilapan. Anugerah yang boleh dikatakan berprestij ni dah tercalar dengan isu ini.

Komen isu berikut adalah:

Jelas Pengerusi Bersama Jawatankuasa AIM 18, Rosmin Hashim, kesilapan tersebut berlaku disebabkan salah tafsir dalam kriteria anugerah yang dilakukan oleh juruaudit luar rasmi proses penghakiman AIM 18, Ernst & Young.

"Memang berlaku kesilapan dalam keputusan ini. Pemenang kategori Lagu Terbaik sepatutnya dipilih daripada pemenang daripada genre yang dipertandingankan.Kami mempunyai dua set penjurian. Satu penjurian untuk menentukan lagu-lagu terbaik bagi setiap kategori dan satu lagi untuk menentukan Lagu Terbaik. Kesilapan di sini berlaku apabila pihak juruaudit terlepas pandang dengan mengiktiraf lagu Penakut sebagai pemenang lagu Terbaik kerana lagu itu telah pun mendapat markah yang paling tinggi untuk kategori Lagu Terbaik.


"Namun lagu itu telah pun tewas pada kategori Lagu Pop Terbaik, jadi sekaligus lagu tersebut tidak boleh diangkat sebagai Lagu Terbaik kerana tidak menepati kriteria yang ditetapkan," katanya ketika sidang media pembetulan keputusan pemenang Lagu Terbaik AIM 18, sebentar tadi.


Berikut pula adalah surat penjelasan daripada syarikat audit Ernst & Young.

 p/s: Macammana lah juruaudit ni buat keje. Ini dah melibatkan maruah orang. Dah umum pemenang, end up kena pulang balik trofi. Maknanya kat sini, juruaudit ni pun belum tentu betul apa yang diauditnya. ....dah diberi kepercayaan buat tu, buatlah betul2..harap lepas ni tak jadi lagi perkara yang sama.

Sumber : ohbulan


 

lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :