Terkini: Pelarasan gaji baru penjawat yang baru diumumkan PM tadi akan berkuatkuasa pada 1 Januari 2012 dan dibayar samaada bulan ini atau April bergantung kepada jabatan masing-masing. Maknanya akan dapat tunggakan gaji dari bulan Januari.
*********************************************************************************
Umum dah tahu, pagi tadi ada pengumuman khas Perdana Menteri kepada penjawat awam. Pengumuman ni memang ditunggu2 rasanya. Saya pun tadi rasanya tak senang duduk di dalam bilik mesyuarat nak tahu juga apa pengumuman khas ni. Sebelum ni skim SBPA yang diumumkan mendapat pelbagai reaksi daripada pelbagai lapisan penjawat awam kerana dikatakan tidak adil di dalam pembahagian kenaikan gaji di mana gaji yang tinggi bertambah banyak kenaikan...dan ada juga yang dapat hanya dapat kurang pun ada....Memandangkan komen tersebut, PM membuat keputusan untuk menangguhkan pelaksanaan SBPA ni...dan hari ini satu pengumuman dah dibuat dan diharap dapat memuaskan hati semua orang...
Berikut adalah antara intipati daripada ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak:
Walaubagaimanapun, saya masih tak pasti adakah pembatalan SBPA melibatkan semua aspek termasuk PTK, bersara wajib 60 tahun dan sebagainya yang termaktub dalam SBPA sebab yang diumumkan adalah tentang kenaikan gaji sahaja...kita nantikan berita selanjutnya selepas ini.
p/s: Diharap semua berpuashati dengan pengumuman ini tapi AMARAN kepada peniaga semua....jgn sesuka hati nak naikkan harga barang pulak yer.....
Klik sini untuk Pengumuman Perdana Menteri
