Khamis, 1 Mac 2012

Tutorial : Apa itu dofollow blog dan cara jadikan blog sebagai dofollow


Rasanya ramai kat luar sana yang dah tahu apa itu dofollow blog dan kelebihannya kalau kita jadikan blog kita sebagai dofollow.

Dofollow ni membenarkan enjin carian seperti Google, Yahoo dan sebagainya untuk mengimbas link yang ada dalam blog.

Nofollow pula tak membenarkan link untuk diimbas  oleh enjin carian. Secara default  dalam blogspot adalah nofollow setting kerana blogspot tak nak bagi backlink percuma kepada spammer. Untuk makluman, setting dofollow akan memudahkan spammer masuk ke dalam komen blog korang.

Berikut adalah antara kelebihan dofollow:

1.  Setiap link yang visitor tinggalkan dibahagian komen di dalam blog yang dofollow dikira sebagai backlink. Makin banyak backlink adalah lebih baik bagi sesebuah blog tersebut.

2. Blog yang ada setting dofollow ni senang diindex oleh enjin carian. Mesti korang nak blog korang sentiasa berada di first page enjin carian kan.....

3. Blog dofollow akan menaikkan SEO blog korang dan secara tidak langsung akan meningkatkan trafik blog korang. Tak nak?...mustahil...ehhehehe.....

4. Korang akan menggalakkan visitor untuk komen dalam blog korang sebab secara tak langsung akan dapat backlink dari komen tu. Maknanya takder la komen free ajer kan....dapat backlink free....

Walaubagaimanapun, ada juga kekurangan dofollow blog ni iaitu memudahkan spammer masuk ke dalam ruangan komen kita...tapi semua tu boleh diatasi dengan menggunakan comment moderation dan word verification. Tapi ada blogger yang tak suka word verification ni sebab leceh termasuklah saya....huhuh....    


Macammana nak jadikan blog daripada nofollow ke dofollow? (untuk blogspot)


1. Pergi ke Dashboard>Design>Edit HTML>Expand widget templates

2. Cari kod berikut dengan CTRL + F
    nofollow


3. Delete perkataan nofollow di bahagian backlink.url dan comment.url


backlink.url
<a expr:href='data:backlink.url rel='nofollow'><data:backlink.title/></a>

comment.url
<a expr:href='data:comment.authorUrl rel='nofollow'><data:comment.author/></a>

Selepas delete perkataan nofollow, kod HTML akan jadi seperti berikut:

<a expr:href='data:backlink.url'><data:backlink.title/></a>

<a expr:href='data:comment.authorUrl'><data:comment.author/></a>

4. Save dan Review

p/s: Ada tambahan maklumat tentang dofollow ni?...korang boleh komen dan tambahan info dalam ruangan komen yer.....ohh ya....blog saya ni dah jadi dofollow....rajin2lah komen kt sini hyer.....:)

lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :