Rabu, 11 April 2012

Terkini: Gempa bumi di Aceh 8.9 skala Richter, beberapa negeri di Malaysia rasai gegaran (11 April 2012)



Terkini: Tsunami berpotensi untuk melanda 5 wilayah iaitu Aceh, Sumatera Barat, Bengkulu, Sumatera Utara dan Lampung.

*********************************************************************************

Satu gempa bumi telah melanda daerah Simeulue, Aceh berukuran 8.9 skala Ritcher kira-kira pukul 5.43 petang tadi (6.45 waktu Malaysia) telah mengakibatkan amaran dikeluarkan. Berikutan gempa tersebut, beberapa negeri di pantai Barat Semenanjung Malaysia telah merasai gegaran.

Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran kepada orang ramai menjauhi kawasan di Kedah, Perlis, Langkawi, Pulau Pinang dan Perak yang berpotensi berlakunya Tsunami. Sebanyak 27 negara di kawasan Lautan Hindi  telah mengeluarkan amaran tsunami susulan gempa yang kuat tersebut.

Antara negara tersebut adalah Indonesia, India, Sri Lanka, Australia, Myanmar, Thailand, Britain, Malaysia, Mauritius, Seychelles, Pakistan, Somalia, Oman, Madagascas, Iran, UAE, Yemen, Bangladesh, Tanzania, Mozambique, Kenya, Africa Selatan dan Singapura dan beberapa negara kepulauan di Lautan Hindi.

Kami akan update lagi berita-berita terkini selepas ini.



Sumber gambar : youtube

lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :