Selasa, 29 Mei 2012

Gadget : Tablet 1Malaysia Pad kini di pasaran Malaysia

Umum dah tahu rasanya tentang pelancaran tablet 1Malaysia Pad baru-baru ini. Pelbagai reaksi tak kiralah positif dan negatif terhadap tablet terbaru ini.

Spesifikasi 1Malaysia Pad ini ialah iaitu skrin 7 inci, kamera 3MP di belakang, kamera 0.3MP di depan, bateri berkuasa 4000 miliamph yang pada pendapat kami bertahan lama hingga 7-11 jam bergantung pada penggunaan, versi Android yang digunakan olehnya adalah Android 2.3 Gingerbread.

Tablet ini juga dilengkapi dengan 1Malaysia Messenger menyamai fungsi WhatsApp, 1Malaysia Club, selain boleh disesuaikan (customized) dengan keperluan pembeli.

Dari pembacaan dan survey yang saya dapat dari blog-blog dan forum, kebanyakkannya merasakan tablet 1Malaysia Pad ini tidak memenuhi kehendak mereka kerana harganya yang dianggap agak mahal iaitu RM999 (senang cerita RM1000). Kalau tambah sikit duit tu boleh dapat tablet jenama lain seperti Samsung dan lain2 yang memang dah berada di dalam kelasnya yang tersendiri.

Lagi satu, rekabentuk tablet 1Malaysia Pad ini dikatakan kelihatan seperti salah satu produk tablet daripada China yang dijenamakan semula menjadi tablet 1Malaysia Pad. Berdasarkan kepada spesifikasi yang disediakan, harga sepatutnya jauh lebih murah daripad ayang ditawarkan sekarang.

Syarikat maltechpro yang diberi tanggungjawab untuk memasarkan tablet ini juga pada saya mengambil mudah tentang maklumat yang disalurkan kepada pengguna. Sepatutnya syarikat ini melengkapkan dahulu maklumat yang diperlukan oleh pengguna di luar sana yang nak tahu lebih lanjut tentang spesifikasi dan gambar tablet sebelum pengguna mengambil keputusan untuk membeli. Kalau baca web macam ni saya pun tak berminat nak beli sebab tak ada penerangan khusus tentang tablet yang dipasarkan. Ini hanyalah pandangan saya kerana saya juga ada terbaca dalam komen2 pengguna di dalam blog-blog tentang perkara ini.

Rujukan : iawani

p/s: Kepada sesiapa yang dah pun cuba tablet ni bolehlah beri pandangan. Adakah berbaloi beli tablet 1Malaysia Pad ni?

lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :