Rabu, 23 Mei 2012

Manfaat makan coklat


Korang suka makan coklat? Kalau sebut coklat dari orang tua sampaikan ke budak-budak sukakan coklat. Selain rasanya yang sedap coklat juga mempunyai pelbagai manfaat kepada si pemakannya. Coklat mengandungi pelbagai vitamin yang berguna kepada tubuh badan seperti vitamin A, vitamin B1, vitamin C dan Vitamn E di samping mengandungi zat besi, kalium dan kalsium.

Ada satu kajian yang dijalankan oleh Universiti Pittsburgh mengatakan bahawa coklat tidak akan menyebabkan migrain. Oleh yang demikian, bagi mereka yang mengalami penyakit migrain boleh makan coklat tanpa rasa risau. Coklat juga dikatakan mengandungi bahan seperti ubat penenang yang menjadi penahan sakit dan dapat meningkatkan rasa sihat. Coklat mengeluarkan endorphins yang akan membuatkan kita rasa gembira. Coklat juga dikatakan boleh memberi tenaga.

Tahukah semua bahawa coklat juga membantu seseorang itu untuk menguatkan daya ingatan, memulihkan saraf yang letih, melambatkan proses penuaan, melembabkan kulit, menegangkan wajah dan juga mengurangkan tekanan emosi seseorang. Coklat juga berupaya mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular. Jadi, janganlah takut-takut nak makan coklat, cuma janganlah terlalu banyak sangat sebab pengambilan yang banyak akan menyebabkan risiko untuk mendapat penyakit kencing manis.

Bagi yang memang gilakan coklat ni dan nak menjimatkan kos...boleh lah kalau nak buat sendiri coklat ni...coklat hand made......sekarang ni pun ramai yang dah boleh buat coklat hand made sendiri dan dijadikan bisnes sampingan. Cuba kita tengok di majlis-majlis perkahwinan sekarang, coklat juga dijadikan cenderahati kepada tetamu. Bagi yang sememangnya berminat untuk menjadikan bisnes coklat ni sebagai bisnes sampingan dan sepenuh masa  bolehlah belajar untuk menghasilkan coklat ni.

Boleh dapatkan tutorial untuk belajar buat coklat ni. Semestinya puas hati dengan penerangan yang ditunjukkan.
Untuk mendapatkan e-book ini boleh dapatkannya di sini. Dijamin pandai...huhuhuhu....tak percaya?...cubalah sendiri...dan ini merupakan pelajaran jangka masa panjang.....lepas ni sure korang tak putus-putus terima tempahan coklat ni...cuba bayangkan dalam seminggu ada 2 orang yang tempah....kira sendirilah yek.....huhuhu.....e-book ini juga menunjukkan langkah demi langkah yang dijamin akan faham dengan mudah....apa tunggu lagi?

lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :