Isnin, 3 September 2012

Pendapatan dengan program Affiliate



Program Affiliate sudah berkembang di Malaysia sekarang. Pada asalnya saya tidak berapa tahu apa itu program affiliate dan setelah mencari dari pelbagai sumber barulah saya tahu dan apa faedahnya. Program affiliate pertama yang saya cuba adalah dari Clickbank dan seterusnya program Pakar Coklat dan Bahasa Inggeris.

Walaubagaimanapun, akibat kurang promosi dari saya sendiri, program itu sepi sahaja sehinggalah baru-baru ini saya dapati akaun dalam Maybank saya bertambah. Puas juga berfikir dari mana datangnya duit tu dan akhirnya barulah saya tahu yang duit tersebut datangnya dari komisyen yang saya dapat dari program affiliate yang saya sertai. Rupa2nya menjadi juga program affiliate yang saya join ni. Sapa kata program ni tak menjana pendapatan. Yang penting promosi secara berterusan dan bersesuaian dengan produk yang kita promosi kan. Kt bawah ni saya sertakan skrin rekod komisen yang saya dapat dari salah satu program affiliate yang saya join. Walaupun tak lumayan okaylah kan dengan usaha yang saya dah buat.


Okaylah...bercerita tentang program affiliate ni.....rasanya ramai yang dah tau konsep program ni kan....

Program Affiliate ni membawa maksud bahawa kita ni adalah sebagai agen atau orang tengah yang mempromosikan produk orang lain iaitu dari syarikat2 yang menjual produk. The best part is, kita akan dapat komisen sekiranya ada orang yang membeli produk tersebut dari link affiliate yang kita promosikan tak kiralah dalam FB, Twitter atau blog.

Sedikit penerangan:

AGEN (link affiliate) > PEMBELI > LAMAN WEB = KOMISEN
Sedikit istilah yang perlu difahami:
Affiliate Marketer – Juga dipanggil sebagai affiliates atau agen.
Affiliate Manager – Pemilik program affiliate. Dikenali juga sebagai Merchant.
Link Affiliate – Link unik khas untuk setiap affiliate marketer.
Komisen – Jumlah bayaran terhadap setiap jualan yang berjaya dihasilkan.
Sistem Affiliate – Perisian Online yang akan mengesan/menjejak (track) setiap aktiviti yang tertentu seperti klik, rekod jumlah komisen dan lain-lain lagi.

Untuk keterangan lanjut boleh ke blog smartusaha.

Selamat mencuba semua....:)

lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :