Ahad, 22 November 2015

Sejarah Dunia 22 November : Filem animasi Toy Story ditayangkan di cinema


Kalau geng geng dalam lepak ni adalah sebaya dengan kami semua kat lepak ni maka confirm kenal sangat sangat cite Toy Story ni sebab semua filem animasi menggunakan CGI atau Computer Generated Image ni bermula dan rancak di produce sekitar tahun 1990-an.

Ape kaitan Toy Story dengan slot history kali ini..kena la read thru baru faham.

Bagi slot Sejarah Dunia kali ni PakNgah nak cite pasal filem animasi CGI sepenuhnya yang pertama iaitu Toy Story mula ditayangkan di pawagam pada 22 November 1995.
Antara filem animasi terbitan Disney / Pixar
Toy Story ni adalah filem pertama buatan Disney / Pixar dan filem animasi ini adalah filem animasi pertama yang dibuat sepenuhnya menggunakan CGI atau Computer Generated Image atau dalam bahasa melayu simple dia guna perisian komputer. Kalau nak paham kan CGI tu bole check dalam google ape CGI tu.

Filem ini diarahkan oleh John Lasseter dan filem animasi ini menggunakan suara pelakon Tom Hanks sebagai Woody dan Tim Allen sebagai Buzz Lightyear...dua dua watak hero utamanya.
Woody dan Buzz Lightyear
Ianya mengisahkan sekumpulan mainan kanak-kanak ketika itu yang dipunyai serta disayangi oleh tuannya bernama Andy. Mereka diketuai oleh Woody (seorang patung koboi) dan mereka semua menjadi hidup apabila manusia tiada di sekitarnya.

Sesuai untuk semua usia termasuk la dewasa, filem ini bergenre adventure yang ringan dan banyak komedi serta nasihat di dalamnya. PakNgah sendiri masih lagi ada simpan collection patung Woody dan Buzz Lightyear sebagai kenangan.

Kalau nak tau cite ni best ke tak kena la tengok filem ni. Confirm puas hati sebab jalan cite dia memang best. Dan rupanya baru la perasan dah dua dekad rupanya cite ni ditayangkan buat kali pertama.

Filem ini terpilih di dalam National Filem Registry sebagai " culturally, historically or aesthetically significant" pada tahun 2005.

Ianya menelan belanja 30 Juta untuk di buat dan mendapat keuntungan kasar 361 juta seluruh dunia semasa penayangannya.

So okay la..

Hope uolllsss enjoy reading sejarah ni..

Kat bawah ni PakNgah ada letakkan trailer semasa penayangannya pada tahun 1995 untuk uollls semua.



Ini la secara ringkasnya ape yang berlaku dalam sejarah pada tarikh 22 November bagi slot Sejarah Dunia..sebenarnya banyak lagi kejadian berlaku pada 22 November tapi PakNgah pilih yang ini sebab rasa menarik..

Jika ada sebarang pertanyaan atau komen atau sekadar nak berkongsi bole la email kami di lepak melalui address di bawah :



lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :