Rabu, 27 April 2016

Resepi : Butter Prawn


Bahan-bahan:
  1. Udang - 1/2 kilo
  2. Telur - 6 biji (Ambil kuning telur sahaja)
  3. Susu cair - 1 tin
  4. Butter - 2 sudu
  5. Cili api - tumbuk
  6. Daun kari
  7. Minyak
  8. Garam
  9. Gula
Cara Masak:
  1. Goreng udang sekejap sehingga udang nampak kemerahan dan toskan
  2. Pukul kuning telur sehingga sebati dan campurkan dengan susu cair
  3. Panaskan kuali
  4. Masukkan butter
  5. Masukkan kuning telur + susu 
  6. Kacau sehingga masak (Warna coklat). Sentiada dikacau bagi mengelakkan berketul-ketul.
  7. Masukkan cili api yang telah ditumbuk dan daun kari
  8. Sekiranya kering, campurkan minyak sedikit
  9. Masukkan garam dan gula secukup rasa
  10. Masukkan udang bila bahan yang dimasak tadi telah masak .
  11. Hidangkan

lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :