Jumaat, 6 Mei 2016

Sejarah Dunia 6 Mei : Sitcom F.R.I.E.N.D.S ditayangkan buat kali terakhir.



Wassup lepak..??
Boy Oh boy do we have cite menarik untuk segmen Sejarah Dunia hari ini untuk tarikh 06 Mei..

Korang ingat lagi tak cite sitcom Friends..??? Kalau korang semua sebaya dengan kami di lepak maka korang mesti tau cite ni yang memang la popular dari tahun 1994 - 2004 satu ketika dahulu.


Cite sitcom yang mengisahkan 6 sahabat yang tinggal di kawasan New York dan hari hari melepak kat Cafe Central Perk.
Monica, Ross, Rachel, Phoebe, Chandler dan Joey.

Sedar tak sedar rupanya dah 16 tahun cite ni tamat..lagi 4 tahun genap 2 dekad dah cite ni berlalu dan 6 Mei 2004 merupakan tarikh akhir cite ni keudara dengan tajuk "The Last One".

Series Finale ini di tulis oleh David Crane dan Martha Kauffman dan diarahkan oleh Pengarah Eksekutif Kevin S Bright.


Ianya ditayangkan di NBC dan ditonton oleh 52.5 juta penonton dan membuatkan ianya tayangan yang paling banyak penonton untuk 6 tahun dan antara 6 Series Finale paling banyak penonton dalam sejarah US.

Series Finale ini banyak menamatkan beberapa persoalan dalam storyline asal plot cite friends ni seperti Ross Gellar akhirnya mengaku mencintai Rachel Green dan mereka bersetuju menyambung semula hubungan yang berderai masa Season 3 dan Monica Gellar dan Suami Chandler Bing berjaya mengambil anak angkat dan berpindah ke kawasan pinggir bandar.

Scene terakhir series finale ni dorang keluar dari apartment dan pegi minum buat kali terakhir kat Cfae Central Perk.

Sebelum membuat penulisan skrip terakhir ni, ketiga-tiga penulis Crane, Kauffman dan Bright pegi tengok dulu Finale sitcom lain untuk inspirasi idea penulisan dan mengambil keputusan untuk menulis penutup cite yang ikhlas dan jujur sebagai bahan idea.

Rakaman terakhir dibuat di Stage 24 Warner Bros Studio kat Burbank California dan bahagian satu dirakam pada 16 januari dan bahagian kedua pulak dirakam pada 23 januari dan finale ini diterima baik oleh pengkritik dan jugak cast members.

Ianya masih lagi menjadi favourite Pakngah sampai sekarang.

Kat bawah ni ada Video komen dari semua tentang finale ni dan merupakan antara interview terakhir dengan cast members Friends sebagai tatapan kalian semua.


Ini la secara ringkasnya ape yang berlaku dalam Sejarah pada tarikh 06 Mei bagi slot Sejarah Dunia dan sebenarnya banyak lagi kejadian yang berlaku pada 06 Mei ni tapi Pakngah pilih yang ni sebab rasanya menarik untuk perkongsian.

Jika ada pertanyaan atau komen atau sekadar nak berkongsi bole la email kat kami di lepak melalui address di bawah....jangan lupa komen ape ape ye...

Layannnnn...



lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :