This is your first visit to this page. Welcome!

Jumaat, 5 Ogos 2011

Resepi : Ayam kukus



Kali ni nak share lagi satu resepi kukus iaitu ayam kukus. Sebelum ni saya ada share resepi ikan kukus. Senang je nak buat dia...x susah mana pun....

Bahan-bahan (untuk 2 orang)

1. Ayam yang telah dibersihkan (2 ketul besar)
2. 2 batang serai (diketuk)
3. Sebiji bawang besar (dipotong bulat)
4. Sedikit halia (ditumbuk)
5. 2 biji bawang putih (ditumbuk)
6. 5 biji cili api (ditumbuk kasar)
7. 3 sudu sos tiram
8. Sayur-sayuran (baby corn, lobak merah dan sebagainya)
9. 3 biji limau kasturi (ambil jus)
10. 4 biji bawang kecil (digoreng)

Cara-caranya

1. Sediakan pengukus dan jerangkan airnya.
2. Gaulkan ayam dengan garam, gula, sos tiram, halia dan bawang putih yang telah ditumbuk tadi dan perap dalam 30 minit. Sediakan bekas tahan panas atau loyang dan letakkan ayam yang telah diperap tadi.
3. Letakkan serai, bawang besar dan kukus 15-20 minit.
4. Sementara menunggu ayam dikukus, bolehlah sediakan sos untuk ayam kukus ni. Caranya dengan satukan air dan sos tiram tadi. Kacau hingga rata.
5. Buka penutup pengukus dan masukkan sos tiram dan sayur dan biarkan sehingga 5 minit.
6. Masukkan air limau yang diperah tadi dan cili api. Kukus lagi antara 2-3 minit.
7. Setelah masak, angkat dan taburkan bawang yang telah digoreng sebelum ini. Kalau nak guna daun sup pon boleh. Ikut selera masing2 lah.
8. Dah pun siap dan sedia untuk dimakan.


lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :

Comments (8)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
I can imagine the spicy taste with the chilly padi inside.
My recent post Bardot's shorts inch back up
Ok set, minggu ni kena try recipe ni.
My recent post Buka Puasa Ramadan Buffet in Subang Jaya
1 reply · active 712 weeks ago
Thristhan: set..try minggu ni..nanti bagi tau we all ape result dia..at least you will have a superb meal with a healthy diet..no oil..no carbohydrate plus a good to go diet..tak sabar nak tau ape result out come from you.
My recent post Resepi : Mee hoon goreng
Anda benar-benar mempunyai resipi ayam yang terlalu banyak dan I like it!Buku memasak saya kini berkembang dengan resepi anda.hehe terima kasih
My recent post glock
3 replies · active 666 weeks ago
selamat mencuba chanikacah :)
My recent post Resepi: Daging masak kurma
Ia akan menjadi satu penghormatan untuk cuba semua resipi anda.Heheh ia merasai yang baik juga. :)
My recent post glock

Post a new comment

Comments by